pEmIn@t DuNi@ p@r@nOrM@L...

pEmIn@t DuNi@ p@r@nOrM@L...

Wednesday, March 13, 2013

Makhluk Halus







          Malam Jumaat yang kian kelam dan suram…! Jam menunjukkan tepat pukul 12.00 malam. Di saat ini, kelihatan Amir serta dua orang rakannya, Amy dan Edri berada di tanah perkuburan yang terletak di Jalan Kebun Teh. Tujuan mereka hanya satu! Untuk menyiasat kewujudan ‘mahkluk halus’ yang kini sedang rancak meniti di bibir penduduk Kampung Suria.
            
        Amir seorang novelis, berada di sini sekarang. Hatinya ditarik-tarik untuk ke sini sebaik mengetahui mengenai makhluk itu. Dia ingin sekali mengetahui dan menjelajahi segenap ruang di kampung itu untuk mengetahui mengenai makhluk itu yang semakin menarik minatnya. Dia nekad! Mujurlah dua sahabat setianya sudi bersamanya dalam aktiviti yang digelar ‘paranormal’ ini.
           
        Perlahan Amir mengeluarkan kamera digital berjenama Nikon dari beg galasnya. Dia memulakan rakaman suasana sekitar tanah perkuburan itu. Jika orang lain, sudah pastilah perasaan gerun sedang menguasai diri. Tetapi bukan bagi Amir…
          
      Sedang dia asyik merakam, tiba-tiba…..angin bertiup agak kencang! Tum….!! Bunyi guruh kedengaran menandakan hari akan hujan. Tanpa disedari, satu kelibat melintas di belakangnya..! Amir menoleh….tiada apa? Dia lantas mengurut dadanya, cuba meredakan debaran yang tiba-tiba datang menyapa. Mulutnya tidak henti beristighfar. Alunan ayat kursi kemudiannya kedengaran dialunkan olehnya. Terkumat-kamit jadi mulutnya. Ayat kursi yang besar manfaatnya dipetik dari surah Al-Baqarah ayat 255 yang membawa maksud :

Allah, tidak ada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia Yang Hidup Kekal lagi terus-menerus mengurus (makhluk-Nya); tidak mengantuk dan tidak tidur. Keupayaan-Nya apa yang ada I angit dan di bumi. Tiada yang dapat memberi syafa’at di sisi Allah tanpa izin-Nya? Allah mengetahui apa-apa yang di hadapan mereka dan di belakang mereka, dan mereka tidak mengetahui apa-apa dari ilmu Allah melainkan apa yang dikehendaki-Nya. Kursi Allah meliputi langit dan bumi. Dan Allah tidak merasa berat memelihara keduanya, dan Allah Maha Tinggi lagi Maha Besar. (QS : Al-Baqarah : 255)

            Amy dan Edri mula rasa tidak sedap hati. Kecut perut mereka rasakan saat ini. Sedangkan rakan mereka masih lagi khusyuk meneruskan rakaman walaupun ‘tanda-tanda awal’ telah diberi. Amir masih begitu setelah beberapa minit mereka menanti. Mereka gementar! Bimbang jika makhluk itu muncul tika dan saat ini. Kedua-duanya saling berpelukan..! Mereka tidak sanggup hendak melihat makhluk itu lagi..!!
            Amir masih meneruskan rakamannya. Sikit pun dia tidak memperdulikan gelagat temannya. Sedikit pun dia tidak menghiraukan perasaan gerun dan seram yang sedang melanda kedua temannya itu. Hari kian kelam!! Angin yang tadinya agak kencang semakin menjadi sepoi-sepoi bahasa. Hampir sejam dia di sini. Akhirnya, Amir mengajak rakan-rakannya pulang. Ah….rasa lega terus menyapa hati kedua rakannya itu.
           
 Tiba di rumah, Amir terus sahaja membersihkan dirinya. Biasalah, bila pulang dari tempat yang begitu, itulah amalannya. Usai, dia membawa diri ke dapur rumahnya dan mengambil cerek yang berisi air kemudian menjerangnya.


Prittt…..!! Bingit bunyi yang dihasilkan oleh cerek air itu sebaik airnya mendidih.  Tanpa berlengah, dia menuang air dalam cerek itu ke dalam mug yang berisi nescafe. Kuat bau aroma yang terhasil dari nescafe itu sebaik air panas mendidih bersatu dengannya. Berkepul-kepul asap menjulang naik ke udara.
Slurp…dia menghirup nescafe panas itu. Alhamdulillah…nikmat yang tidak dapat diungkapkan sebaik tegukan itu ditelannya. Di saat suasana malam dengan kesejukan yang kian mencengkam di samping hujan rahmat yang mencurah-curah turun ke bumi. Dia membawa mugnya terus melangkah menuju ke kamarnya.
Dia mengambil tempat di hadapan komputer ribanya. Perlahan dia menekan suis di komputer ribanya. Dia perlu menyambung kembali tulisannya yang tertangguh  tanpa hiraukan keadaan sekelilingnya. Ideanya mula datang mencurah – curah bagaikan air yang mengalir dengan lajunya. Jari – jemarinya lantas menari di atas papan kekunci komputer riba tersebut.


Kian lama makhluk halus itu mengacau Amir dan terjadinya sebuah novel bertajuk "MAKHLUK HALUS".







banglo misteri villa nabila

banglo misteri villa nabila

ghost

ghost