pEmIn@t DuNi@ p@r@nOrM@L...

pEmIn@t DuNi@ p@r@nOrM@L...

Friday, April 26, 2013

Hasil Pena Ku: CERPEN | DI EKORI BADI MAYAT

Hasil Pena Ku: CERPEN | DI EKORI BADI MAYAT:                “kita ada kes baru doktor!”itulah yang keluar dari mulut pembantu perubatan sebaik dia bertemu dengan doktor Farid sew...

Hasil Pena Ku: CERPEN | BERTEMU POCONG DI TENGAH JALAN

Hasil Pena Ku: CERPEN | BERTEMU POCONG DI TENGAH JALAN:         Saban hari beginilah rutin Said,Muis dan Razif. Oleh kerana minat yang mendalam terhadap permainan snooker mereka sanggup menghab...

CERPEN: REALITI DALAM BAYANGAN (BAHAGIAN 2/2)


   Memang sahlah ini tempatnya, pokok bunga Lily putih berdiri tegak di hadapannya. Tanah yang dipijaknya itu agak lembut. Tiang lampu rosak yang terlekat stiker Mickey Mouse jelas kelihatan di sebelah kanannya. Busut semut hitam juga ada di situ. Dia tidak ragu-ragu lagi, memang tempat inilah yang dimaksudkan Laila. Dia memberikan satu pandangan yang meyakinkan kepada rakan baiknya Azhari dan bapa Azhari, Inspektor Ahmad yang juga merupakan antara  Inspektor Polis yang mempunyai pangkat tinggi bagi daerah tempat itu.
                Inspektor Ahmad mengeluh, namun kemudiannya bersuara kepada pekerja-pekerja bawahannya,”Baiklah, gali di sini. Kalau jumpa apa-apa bilang saya.”
                Inspektor Ahmad sendiri tidak pasti apa yang dicarinya. Sejujurnya, dia tidak begitu setuju dengan operasi petang ini. Tiada objektif dan sumber yang memberinya informasi ini juga belum tentu boleh dipercayai. Namun Shahril nampaknya bersungguh-sungguh cuba menyakinkannya yang tempat yang digalinya itu akan memberikannya bukti bagi salah satu kes yang sedang disiasatnya. Namun apabila dia menanyakan Shahril dengan lebih lanjut, Shahril tidak dapat menjawab, hanya kaku berdiam diri. Shahril tidak dapat memberinya satu jawapan yang pasti seperti dari mana dia mendapat  maklumat itu dan apa yang harus mereka cari. Pada mulanya dia tidak mahu mengambil serius akan saranan Shahril untuk menggali tempat itu, tetapi Shahril beria-ria benar. Malah Azhari anaknya juga turut menyokong teman baiknya. Akhirnya dia terpaksa menurut.
                “Tuan, terdapat  rangka manusia di sini. Jantina: perempuan. Kami perlu bawa mayat ini untuk mengenal pasti identiti. Terdapat plastik berisi parang disaluti darah juga di sebelah mayat itu. Nampaknya seperti kes pembunuhan.”
                Inspektor Ahmad menelan air liurnya. Satu pandangan tajam diberikan kepada Shahril dan Azhari. Nampaknya Shahril terpaksa dibawa ke balai untuk siasatan lanjut. Nak tak nak, dia harus memaksa Shahril memberitahunya bagaimana dia mendapat tahu tentang hal ini.
***********************************
                Azhari melihat rakannya yang berwajah murung. Dia tahu memang sukar bagi rakan baiknya itu menerima semua ini. Malah peristiwa itu bagaikan mimpi. Apa yang berlaku memang tidak logik, tidak masuk dek akal. Dia sendiri tidak tahu apa yang harus dikatakan kepada Shahril. Tujuannya datang ke rumah Shahril adalah untuk membantu Shahril mengatasi apa yang dia alami tetapi ternyata dia sendiri tidak tahu apa yang harus dia lakukan untuk membantu. Dirinya dihantui perasaan serba salah. Namun pada masa yang sama dia tidak tega melihat kawan baiknya itu terus bermuram durja seperti itu.
                Rangka manusia yang pasukan ayahnya temui itu dikenalpasti sebagai Laila Bte Armani, seorang gadis yang hilang tepat satu tahun lalu. Dia kali terakhir dilihat di acara funfairseperti yang dihadiri Shahril kelmarin. Setelah siasatan lanjut, Laila didapati merupakan mangsa perkosa beramai-ramai di lorong yang sunyi di mana Shahril melarikan diri daripada Hamzah dan rakan-rakannya. Laila  kemudiannya dibunuh dan ditanam dalam hutan berdekatan. Suspek-suspek yang ditangkap oleh pihak polis merupakan rakan-rakan sesekolah mereka, Hamzah dan rakan-rakannya. Pihak polis telah mengenal pasti DNA pembunuh-pembunuh Laila yang terdapat di parang yang ditanam bersama mayat Laila. Ternyata sewaktu pembunuhan itu berlaku, pembunuh-pembunuh itu sendiri turut terluka. Menurut apa yang didengarnya lagi, jenayah itu dilakukan sewaktu Hamzah dan rakan-rakannya sedang mabuk kerana minum arak. Rakan-rakannya itu juga telah pun mengaku akan kesalahan yang mereka lakukan. Azhari tidak pasti bagaimana rakan-rakannya itu akan diadili. Walaupun dia mengutuk keji akan jenayah yang dilakukan Hamzah dan kumpulannya, terdapat sekelumit perasaan kasihan dalam hatinya kerana dia tahu pastinya masa hadapan mereka akan malap seperti cuaca petang ini yang mendung gelap dari tadi pagi lagi. Atau mungkin mereka akan dihukum mati. Meremang bulu romanya memikirkan hal itu.
                Pada masa yang sama, dia turut mengasihani teman akrabnya itu. Mereka berkongsi minat yang sama yakni dalam bidang fotografi.  Shahril telah menceritakan segalanya tentang bagaimana dia tahu lokasi mayat itu ditanam tanpa mengetahui apa yang ditanam di bawah tanah itu. Namun pihak polis tidak dapat mengesahkan kebenaran penjelasan Shahril kerana dia tidak dapat membawa Laila ke balai polis untuk menerangkan keadaan sebenar . Apabila Inspektor Ahmad menunjukkan gambar Laila Bte Armani, gadis yang tertanam dalam hutan itu, Shahril hanya mampu tergamam kerana dia pasti itulah gadis yang dia jumpa beberapa hari yang lalu. Gadis itulah yang meminta bantuannya agar memberitahu pihak polis supaya menggali tempat itu tanpa memberitahunya mengapa dan apa yang tertanam di dalamnya. Tidak mungkin Laila sudah meninggal setahun yang lalu. Kalau benar Laila sudah meninggal, siapa pula gadis yang ditemuinya?
                Kerana masih dibelenggu rasa tidak percaya, Shahril mengajak Azhari pergi ke tempat pertama kali dia terjumpa Laila yakni sewaktu mereka terlanggar. Tiada apa yang dijumpanya melainkan tiang lampu yang seingatnya tiada di situ beberapa hari yang lalu. Tiada bukti yang dapat Shahril tunjukkan kepada Azhari untuk meyakinkannya ceritanya itu bukanlah dongengan semata.  Azhari semestinya masih musykil. Pada pendapatnya, kemungkinan besar Shahril terlanggar tiang lampu tersebut dan bukannya gadis yang bernama Laila. Sebab itu ramai orang merenungnya tatkala itu.
                Kemudian Shahril membawa Azhari ke McDonalds, tempat di mana dia membelanja Laila makan aiskrim. Shahril ingat akan beberapa pekerja bertugas pada malam itu yang melihat dia berbual-bual bersama Laila. Namun apa yang didengarnya oleh perkerja-pekerja itu sungguh memeranjatkan. Menurut mereka, Shahril membeli dua aiskrim namun hanya berseorangan di situ. Menurut mereka lagi, Shahril berbual dan ketawa sendiri dan tidak mempedulikan pandangan dan renungan orang lain. Pastinya Shahril tidak dapat menerima semua itu. Kemudian dia teringat yang dia ada memetik gambar Laila dalam kameranya. Lekas-lekas dia keluarkan kameranya dan melihat kembali gambar yang dipetiknya untuk ditunjukkan Azhari, namun dalam gambar itu Laila seperti ghaib, langsung tidak kelihatan. Sepertinya dia hanya mengambil gambar restoran McDonalds sahaja.
                Azhari benar-benar tidak tahu apa yang harus dikatakan. Berbapakan seorang Inspektor Polis, Azhari tidak percaya dengan cerita-cerita dalam majalah-majalah mistik kononnya sesetengah pihak meminta bantuan mahluk halus untuk menyelesaikan sesuatu kes atau masalah. Seumur hidupnya dia tidak pernah percaya yang hantu itu wujud,mungkin ya bagi syaitan atau jin, tetapi tidak bagi orang mati hidup semula. Mungkin Shahril hanya berkhayal. Mungkin Laila hanyalah satu karakter imaginatif yang dibentuk fikiran Shahril. Iyalah, setahunya rakannya itu masih dalam proses pemulihan dek dipukul teruk oleh Hamzah dan konco-konconya sebulan yang lalu. Mungkin ubat yang dimakan Shahril yang memaksa Shahril untuk berkhayal. Azhari dapat memikirkan seribu kemungkinan akan bagaimana perkara ini berlaku. Namun dia tidak dapat mencari jawapan yang kukuh untuk menerangkan bagaimana Shahril tahu tempat Lisa ditanam.
                “Sebelum Lisa pergi, dia ada cakap apa-apa lagi dengan kau selain menyuruh kau beritahu polis untuk gali tempat itu?”
                 Shahril terdiam sebentar, seakan-akan sedang mencuba untuk mengingati kata-kata terakhir Lisa kepadanya. Kemudian dia perlahan-lahan mengangguk lalu bersuara.
                 “Ada, dia suruh aku menjadi lebih berani. Jangan mudah dibuli orang. Dia kata aku lelaki, ada maruah, ada harga diri. Aku harus kuat. Tak boleh lembik. Nanti orang pijak kepala.”
                Azhari hanya menganggukkan kepalanya tanda dia memahami. Keadaan dalam bilik itu kembali senyap. Tiba-tiba loceng rumah Shahril berbunyi nyaring. Azhari dan Shahril sama-sama berjalan ke arah pintu rumah untuk melihat tetamu yang datang. Melalui lubang kecil yang disediakan, Azhari tidak dapat melihat sesiapa di luar rumah. Apabila Shahril menanyakan siapa yang berada di luar, Azhari hanya menggelengkan kepala. Pintu rumah dibuka. Bau wangi-wangian menusuk hidung mereka. Memang tiada orang di luar sana. Hanya sejambak bunga Lily yang kelihatan di lantai luar rumah.


banglo misteri villa nabila

banglo misteri villa nabila

ghost

ghost