pEmIn@t DuNi@ p@r@nOrM@L...

pEmIn@t DuNi@ p@r@nOrM@L...

Wednesday, December 4, 2013

BLOG RASMI DJKC MISTERI JAM 12: Permainan "Spirit of the Coin"

BLOG RASMI DJKC MISTERI JAM 12: Permainan "Spirit of the Coin": Hi KC, Salam sejahtera. Saya Shalini dari Johor Bahru antara peminat Misteri Jam 12. Saya ada beberapa pengalaman yang seram yang memang...

Monday, December 2, 2013

One Missed Call 3 (Japanese,Horror,2006) Full movie with English subtitles

mj12...


Salam semua peminat MJ12. Saya ingin berkongsi pengalaman saya yang pernah bertugas sebagai Undertaker di hospital NUH sekitar 10 tahun yang lalu.

Tugas sebagai undertaker ini sebenarnya berat memandangkan kita harus menguruskan mayat daripada ward sehingga ke peti sejuk. Banyak pantang larang yang harus diperhatikan agar urusan mayat berjalan dgn lancarnya.

Satu ketika, ade orang baru ini yang ingin bersama saya mengambil mayat drpd ward. Saya sudah beritahu kpd dia akan pantang2 yang harus diakui sepertinya, tidak boleh berkata yang tidak enak pada si mayat. Walaupun terbau atau ternampak perkara aneh, harus berdiam sahaja sehingga urusan mayat itu selesai. Dipendekkan cerita, teman baru sekerja ini semasa menguruskan mayat selalu menegur akan baunya mayat itu, akan beratnya semasa mengangkat dan lain2. Ini menyebabkan saya berasa tidak selesa tetapi apakah daya, saya harus menguruskan mayat ini bersamanya. Sedang kita masuk ke dalam lif bersama mayat, sejurus sahaja pintu lif tertutup, kuasa electric pada lif terputus. Hanya lampu kecemasan berwarna merah menyala membuat suasana dlm lif menyeramkan. 

Tiba2, terdengar hentakkan drpd dalam keranda besi yg kandungannya mayat yg tadinya,teman saya berkata ia busuk dan berat jasadnya. Kami berasa takut, sudahlah terperangkap dlm lif, lampu merah dan seolah2 ade ketukkan yang kuat tertubi2 datang daripada keranda itu.
Saya tidak ade cara lain kecuali menyuruh teman saya meminta maaf pada mayat itu dengan saya membuka tutup keranda besi itu didalam lif. Hampir pengsan kawan saya dibuatnya ketika saya membuka tutup keranda itu kerana terlihat susuk mayat yang kaku lagi pucat. Teman saya meminta maaf terkali2 sehinggakan kami merasa bahawa bekalan electric di lif tersambung dan lif mula bergerak ke lantai menuju ke bilik mayat.

Kadang kala, ia membuat saya terfikir akan kejadian yang menyeramkan itu dan haruslah kita sentiasa perilaku baik kpd mayat. Semoga cerita ringkas yang menyeramkan bagi saya membawa perkongsian di lelaman ini. Terima kasih.

banglo misteri villa nabila

banglo misteri villa nabila

ghost

ghost