pEmIn@t DuNi@ p@r@nOrM@L...

pEmIn@t DuNi@ p@r@nOrM@L...

Friday, November 30, 2012

SERAM : BANGLO MISTERI SEKSYEN 2 SHAH ALAM

          RUMAH banglo di Seksyen 2 yang dipercayai menyimpan pelbagai kisah misteri seperti 
                                   yang didakwa para penyewanya.



INSIDEN menyeramkan ini berlaku kira-kira 10 tahun lalu apabila sekumpulan pelajar Universiti Teknologi Mara (UiTM) Shah Alam menyewa sebuah banglo berhampiran kampus tempat mereka belajar di Seksyen 2.
Rumah banglo dua tingkat itu mempunyai empat bilik, satu di tingkat bawah manakala tiga lagi di tingkat atas. Jarak kediaman mereka dengan kampus UiTM kira-kira dua kilometer sahaja.
Lapan orang pelajar itu memasuki rumah itu dengan perasaan berbelah-bahagi. Pertama, tuan rumah hanya mengambil RM50 wang deposit dan bayaran sewa hanya RM50 sebulan.
Kedua, tuan rumah melarang penyewa membawa banyak barang kerana takut menyusahkan mereka apabila hendak dibawa keluar semula nanti. Ketiga, terdapat sebatang pokok kayu ara yang sangat besar di tepi rumah itu yang dahannya boleh memasuki tingkap bilik atas.
Insiden
Insiden pertama berlaku pada pukul 10.30 pagi sehari selepas mereka mendiami rumah tersebut. Salah seorang penghuni, Azmi, yang hendak membuang air besar mendapati tandas di tingkat bawah terkunci dan ada bunyi orang menarik flush.
Lantaran tidak tahan menunggu lama, Azmi menjerit menyuruh orang di dalam tandas itu supaya cepat. Jeritan Azmi menyebabkan semua penghuni berkumpul di tingkat bawah.
Yang peliknya, kelapan-lapan mereka ada di situ. Jadi siapa yang ada di dalam tandas? Selepas pintu tandas itu direntap, mereka terkejut kerana tiada siapa di dalamnya.
Pada malamnya pula, mereka lagi teruk dikacau. “Masa aku nyenyak tidur, tiba-tiba kaki aku kena tarik hingga aku jatuh katil.
“Di dalam bilik itu cuma ada Lan yang tidur di katil atas. Anehnya, bila aku jenguk ruang tamu tingkat bawah, Lan sedang menonton DVD bersama kawan yang lain.
“Bila aku naik semula ke bilik, aku nampak selimut di katil Lan membonjol. Bila selimut itu ditarik, aku terkejut kerana ada batu nisan yang sudah retak di situ.
“Tiba-tiba seluruh bilik berbau hanyir dan busuk,” kata seorang penulis blog.
Kisah yang ditulis penulis ini telah tersebar di Internet, dihantar dari e-mel ke e-mel dan dipetik oleh pelbagai blog lain. Identiti asal penulis ini tidak diketahui.
Disebabkan tidak tahan diganggu, kami keluar pada pukul 3 pagi dan melepak di sebuah restoran mamak. Rupa-rupanya, ramai yang terkena pada malam itu.
“Wak yang sedang muat turun lagu lebih kurang pukul 12 malam terdengar bunyi orang membaling batu dekat tingkap biliknya. Bila dijenguk, dia nampak ada seorang budak perempuan duduk di atas kayu ara di sebelah rumah itu.
“Budak itu pakai baju putih kekuningan dan koyak-koyak dengan rambut panjang,” cerita si penulis blog tadi.
Dia menyambung cerita: “Azmi pula nampak budak perempuan melambai tangan kepadanya. Budak itu tiada kaki! Manakala Sam, tergamam melihat hantu di siling rumah. Tapi bila aku kata kaki aku kena tarik ketika mereka asyik menonton DVD, mereka kata, ‘bila masa kami tengok DVD’.”
Seorang penduduk, Mohd. Yusof Mohd. Sidin, 57, mendakwa terdapat tiga buah rumah yang dikatakan menyeramkan di kejiranan itu.
Dia berkata, pelbagai kisah misteri mengenai rumah itu sudah didengarinya sewaktu mula menetap di Seksyen 2 itu pada tahun 1980.
Kosong
“Seorang jiran pernah memberitahu kami terdapat rumah berhantu di sini dan tidak pernah diduduki. Rumah itu didakwa pernah menjadi lokasi pembunuhan kejam dengan mayat mangsa ditanam di dalam dinding rumah.
“Saya agak ragu-ragu dengan cerita itu sehinggalah saya mendengar kisah penuntut UiTM Shah Alam diganggu makhluk halus di rumah yang mereka sewa di Jalan Sri Cempaka, Seksyen 2 ini,” kata Yusof lagi.
Secara kebetulan, anak lelaki Yusof yang juga pelajar UiTM turut mendiami rumah terbabit.
“Kedua-dua kaki anak saya ditarik hingga dia terjatuh dari katil. Kejadian itu menyebabkan dia segera berpindah ke rumah lain walaupun sewa banglo itu tidak sampai RM100,” katanya.
Selama bertahun-tahun, rumah itu terbiar usang dan tidak berpenghuni. Dindingnya berlumut dan berwarna kehitam-hitaman. Tahun lalu, banglo itu dirobohkan. Tapak rumah itu kini dipenuhi semak-samun.
“Tetapi masih ada penduduk yang melintasi kawasan rumah itu pada waktu malam mendakwa ternampak lembaga wanita berambut panjang melambai-lambai ke arah mereka,” cerita Yusof.
“Kalau anda tidak percaya, cubalah bermalam di bekas tapak rumah berkenaan atau rumah lain yang dikatakan berhantu di kawasan ini,” ujar Yusof kepada Jurnal.
Sebuah lagi rumah yang didakwa misteri terletak di Jalan Bunga Raya, Seksyen 2. Terdapat sebatang pokok besar di tepi banglo itu dengan daunnya menyentuh tingkap rumah. Banglo dua tingkat itu sedang diubahsuai dipercayai oleh pemiliknya yang baharu.
Mac lalu, penduduk di situ terkejut kerana beberapa pekerja sibuk membersihkan rumah itu, membuang perabot yang rosak dan mengecatnya semula.
Khabarnya, rumah itu dibeli oleh seorang warga Mesir untuk dijadikan taman didik kanak-kanak antarabangsa.
Bagaimanapun, ada juga penduduk yang menafikan cerita hantu tersebut dan mendakwa rumah yang diperkatakan itu sebenarnya tidak wujud. - kosmo

Cerita Hantu Malam Jumaat: Kisah Benar Terjumpa Pocong



Malam Jumaat datang lagi!! Bila tiba malam Jumaat, teringat masa kecil-kecil dulu, bila saja datang malam Jumaat, kami adik beradik selalu bercerita tentang hantu. Entah bagaimana datangnya tahyul ni tak taulah: mengapa malam Jumaat sering dikaitkan dengan hantu? Ada dalam mana-mana nas ke bila tiba malam Jumaat jin, iblis dan syaitan akan keluar beramai-ramai mencari dan mengusik manusia?

Tapi yang JR nak ceritakan ini ialah pengalaman JR sendiri yang agak menyeramkan juga. Dan secara kebetulan ia terjadi pada malam Jumaat:

JR walaupun berasal dari Pulau Pinang tapi mempunyai rumah di Alor Setar. Apa yang JR nak ceritakan ini ialah satu peristiwa beberapa tahun dahulu di mana ketika itu JR bekerja di Kangar, Perlis. Setiap hari JR berulang dari rumah di Alor Setar ke Kangar sejauh 50 kilometer (pergi balik 100 kilometer). Kadang-kadang kerja JR memerlukan JR pulang lewat ke rumah, sebab boss JR suka buat mesyuarat waktu malam. Boss JR suka buat mesyuarat jam 10 malam kerana siang dia sangat sibuk dengan kerja pejabat. Jika malam ada mesyuarat, JR terpaksalah tunggu di pejabat.  Lepas semua orang pulang dari pejabat jam 5.00 petang, tinggallah JR seorang diri di pejabat hingga malam. Tapi itu dah jadi perkara biasa, duduk di pejabat seorang diri sambil menghabiskan kerja yang berlambak itu.

Suatu hari PA boss beritahu malam ini boss panggil mesyuarat. Ala, boringnya, mesyuarat waktu malam lagi, gerutu hati JR. Tapi apa nak buat, bila panggil mesyuarat perlu hadir juga, tak kira siang atau malam. 

Malam itu yang paling tak seronok ialah boss datang lewat kerana dia ada urusan lain sebelum itu. Mesyuarat dijadualkan jam 9.30 malam, tapi boss  datang jam 10.30 malam. Tapi apa nak kata, boss always right!!

Agenda mesyuarat pula panjang. Yang paling benci ramai sangat orang nak cakap, hingga mesyuarat cuma tamat pada jam 12.30 malam. Lepas mesyuarat habis, boss jemput semua yang hadir menikmati supper. Tapi JR terus blah, tak teringin nak makan di tengah malam buta ni. Orang Kangar tak apalah rumah mereka cuma sejengkal dari pejabat, tapi JR terpaksa membelah malam sejauh 50 kilometer untuk sampai ke rumah.

Seperti biasa bila mengenderai kereta seorang diri, JR akan pasang radio agak kuat. Sambil dengar radio, sesekali ikut menyanyi. Menyanyi tu bukan apa, selain dari menghiburkan hati, ia juga untuk hilangkan rasa mengantuk.

Malam itu entah mengapa, lepas saja melepasi pekan Sanglang kereta di jalanan semakin kurang. Bila tiba ke pekan Air Hitam, JR perhatikan tiada kereta di depan dan di belakang JR. Kira-kira 2 kilometer selepas melepasi pekan Air Hitam kereta JR dipandu melalui sebuah kawasan sawah yang agak luas. Dan di situlah segala-galanya berlaku...

Tiba-tiba JR terdengar seperti suara gemersik dari sawah sebelah kanan JR. Bila diperhatikan ke arah bunyi suara itu, JR ternampak satu lembaga putih besar bergolek-golek dari tengah sawah menuju ke kereta JR. Lembaga putih itu tiba-tiba berhenti di tengah-tengah jalan. JR tidak nampak dengan jelas wajah sebenar lembaga itu tapi ia seolah-olah satu bungkusan putih yang agak besar. Pilihan JR ketika itu ialah sama ada melanggar lembaga putih itu atau mengelakkannya yang mungkin akan menyebabkan JR terpelanting masuk ke dalam sawah. Akhirnya JR nekad melanggar saja lembaga putih itu. Terdengar satu dentuman yang kuat bila JR nelanggarnya. Ketika itu JR berkata dalam hati: habislah kereta aku!!

JR mengucap panjang dan membaca beberapa ayat suci sambil cuba membawa kereta  setenang mungkin. ketika menghampiri bandar Alor Setar barulah banyak kenderaan yang ditemui. Ketika itu barulah hati terasa tenang.

Ketika tiba di rumah, perkara pertama yang JR lakukan ialah mencuci kaki di luar rumah sebelum memasuki rumah. Itu petua orang tua-tua. Kemudian baru JR pergi periksa kereta JR yang baru melanggar objek putih dengan dentuman yang kuat itu. Anehnya JR tak menemui sedikit pun kesan kemik di kereta itu. Habis apa ke benda yang JR langgar tu?

Esoknya setibanya di pejabat, JR menceritakan peristiwa itu kepada rakan-rakan pejabat. Seorang pemandu pejabat yang sering melaui kawasan itu berkata memang sudah ramai orang yang nampak benda-benda pelik di kawasan itu. Kadang-kadang ia menyerupai pocong, kadang-kadang dalam bentuk sekawan binatang liar yang melintasi jalan dalam jumlah yang banyak dan kadang-kadang menyerupai pokok yang tiba-tiba tumbang di atas jalan. Bagi mereka yang tak bernasib baik mereka akan mengelakkan dari melanggar benda-benda itu dan akibatnya kenderaan mereka akan terjunam ke dalam sawah. Ramai yang pernah  tercedera, malah terbunuh apabila terkejut dan terbabas selepas melihat benda-benda itu. 

Mujurlah JR telah membuat keputusan tepat dengan melanggar lembaga putih itu. Jika cuba mengelakkannya mungkin nama JR akan disenaraikan sebagai salah seorang mangsa kemalangan di kawasan itu....

Thursday, November 29, 2012

(Kisah Seram) Kenapa Penjara Pudu Dirobohkan Sebenarnya?


Terkejut gak bila baca kisah seram tentang kenapa Penjara pudu ditutup dan dirobohkan yang sebenarnya.

Walaupun kisah seram tentang sebab penjara pudu ini ditutup dan dirobohkan agak panjang tapi agak berbaloi untuk dibaca ramai-ramai agar menjadi pedoman setiap orang.

_ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ __ _ _ _ __ _ _ _ __

Berlaku di Penjara Pudu Kuala Lumpur di suatu ketika dulu. Hanya boleh disebarkan pada orang-orang
tertentu sahaja…

Sebelum Penjara Pudu ditutup dulu pernah diceritakan bahawa terdapat satu bilik dipanggil “Bilik Terakhir”. Di bilik inilah seringnya berlaku kejadian pelik sejak Penjara Pudu ditutup.

Dinamakan “BILIK TERAKHIR ” adalah kerana dulu ia merupakan bilik kediaman terakhir bagi si pesalah jenayah berat sebelum menjalani hukuman gantung sampai mati pada keesokan harinya dibilik gantung..

Di BILIK TERAKHIR inilah pesalah dikatakan akan meratap,menangis, menjerit, bercakap seorang diri dan
berbagai lagi perlakuan kerana menyesali kesalahan mereka yang lalu. Mereka menjadi begitu kerana
dikatakan tidak kuat semangat menghadapi maut keesokan harinya yang telah diketahui mereka.

Menurut kata warden-warden yang masih ada di Penjara Pudu sewaktu proses pengosongan Penjara Pudu dijalankan, mereka sering terdengar suara-suara sayu meminta tolong, suara orang menangis dan bermacam-macam lagi dari Bilik Terakhir tesebut.

Tak kurang juga ada diantara warden yang terlihat seekor kambing hitam sering masuk menembusi pintu bilik itu tanpa dibuka dan kemudian tidak pula kelihatan kambing keluar semula.

Ramai bomoh dan pawang yang dipanggil bagi memulihkan bilik tersebut mengatakan bahawa suara-suara yang sering kedengaran diwaktu malam dari Bilik Terakhir itu adalah akibat roh-roh pesalah yang mati ditali gantung tersebut tidak tenteram kerana mati mereka ditali gantung.

Nak dijadikan cerita pada suatu malam Jumaat ketika hujan renyai-renyai seorang warden telah ditugaskan mengawal kawasan yang berhampiran dengan “Bilik Terakhir” itu. Ketika sedang berkawal kira-kira lebih kurang pukul 01:00 pagi beliau terdengar seperti tapak kaki sedang berlari-lari berhampiran bilik tersebut.

Beliau cuba beranikan diri untuk untuk melihat apakah bendanya itu. Sedang warden itu mengamat-amati maka terlihatlah dalam kesamaran seekor kambing hitam sedang menuju ke arah Bilik Terakhir itu lalu lesap begitu saja.

Dia berasa hairan bagaimana seekor kambing boleh ada dikawasan itu? Oleh kerana ingin tahu warden itu beranikan juga diri menghampiri Bilik Terakhir itu.



Tajuk cerpen : Mayat Berkapan duduk atas keranda


Berderau darahnya apabila melihat van jenazah yang sedang membawa mayat berkapan yang duduk selamba di atas kerandanya. Wajah mayat itu sedikit tunduk. Di sebelah mayat itu duduk seorang wanita muda yang berwajah pucat.
                Malam itu sedikit berangin dan cuaca yang agak mendung. Rozilah atau Rozi masih lagi sibuk dengan kerja- kerja di pejabatnya. Malam itu dia sudah berjanji mahu pulang ke rumah org tuanya kerana mereka mahu mengadakan satu majlis keramaian meraikan adik yang Berjaya dalam peperiksaan.
                Malangnya khamis mlm jumaat itu di saat satu jam menginjak ke angka Sembilan, dia masih lagi di pejabatnya dengan kerja – kerja yang bertimbun -timbun. Panggilan dari ahli kelurga sudah bertalu talu da n semuanya menyuruh dia pulang saja dengan segera.
                Sudah menjadi tabiatnya pula, selagi kerja tidak siap, dia tidak akan meninggalkan pejabat begitu saja dan membiarkan kerjanya terbengkalai.
                Sambil ditemani oleh dua rakannya pejabat iaitu amir dan saiful, dia sabar menyiapkan satu demi satu tugasannya tanpa merungut sedikit pun. Hanya ketika jam menunjukkan ke angka 11.00 malam, barulah dia dapat menarik nafas dengan lega. Kelam kabut dia mengemas beg tangannya dan bergegas ke keretanya. Di luar ketika itu, cuaca seolah olah sedikit mendung dan hari berangin.
                “ Elok- elok memandu rozi.ni malam jumaat ni, “usik saiful ketika Rozi mula menghidupkan enjin Myvi miliknya.
                “ Engkau jangan nak cakap benda-benda yang cabul ya,” marah Rozi seram juga di hatinya apabila memikirkan dia terpaksa meredah kegelapan malam untuk sampai ke rumahnya di batu 16, Rawang. Namun semangatnya dikuatkan. Dia bukannya orang yang suka bercakap besar mengenai kewujudan makhluk-makhluk halus ni.
                Rozi memandu keretanya dengan tenang. Sesekali keretanya diperlahankan apabila memikirkan dia terpaksa mengikut treler panjang yang bergerak perlahan. Apabila ada peluang, dia akan memecut untuk memotong lori-lori tersebut.
Van Jenazah
Akhirnya Rozi tiba di satu jalan yang agak sunyi dan gelap. Di kawasan ini terdapat sebuah tanak perkuburan islam. Kata orang, kawasan ini agak ‘keras’ namun syukur Rozi belum pernah terserempak dengan kejadian yang menakutkan.
Kereta Myvi Rozi meluncur tenang di atas jalan raya. Sesekali dia menyanyi mengikut alunan lagu di corong radio. Tiba – tiba Rozi perasan bebrapa buah kereta di lorong bersebelahan dengannya memberikan lampu tinggi kepadanya.
Pada firasat Rozi, mungkin pihak polis ada membuat sekatan jalan raya di hadapan. Namun tidak pula dia gelabah atau berasa takut. Dia memiliki lessen memandu dan cukai jalan yang masih lagi dalam tempohnya.
Di hadapannya sekarang sebuah van putih bergerak perlahan di atas jalan raya. Apabila keadaan mengizinkan, Rozi segera memotong van itu. Berderau darahnya apabila melihat van jenazah yang sedang membawa mayat berkapan yang sedang duduk selamba di atas kerandanya. Wajah mayat itu sedikit tunduk. Di sebelah mayat itu, duduk seorang wanita muda yang berwajah pucat. Dengan wajah pucat itulah yang merenung Rozi dengan tepat tanpa berkelip matanya! Apabila tiba agak jauh di hadapan, terdetik hati Rozi untuk menunggu van jenazah itu semula. Kali ini dia memberanikan hatinya untuk melihat sama ada van jenazah itu mempunyai pemandu atau tidak. Puas menunggu, van jenazah itu langsung tidak muncul di belakangnya. Hanya kenderaan seperti  lori, bas, kereta dan moorsikal yang dating silih berganti melalui jalan itu.
Apabila Rozi tiba di rumah, dia menceritakan kejadian itu kepada ayahnya. Kata Haji Abdul Rahman, sudah ramai orang yang mengalami peristiwa yang serupa seperti yang dialami oleh Rozi. Mungkin sudah ‘rezeki’ Rozi untuk mnemui kejadian seperti itu sebelum hantu syaitan dirantai apabila tiba di laluan Ramadan.
Hingga kini, setiap kali melalui jalan yang sama, bulu roma Rozi pasti akan meremang secara tiba-tiba. Peristiwa itu walaupun sudah tiga tahun berlaku namun ianya masi segar di ingatannya hingga kini.  

Wednesday, November 28, 2012

MW ~ Realiti ,Mimpi dan Mistik ( Lembaga Bertenggek Hisap Darah)

Suasana petang itu sedikit suram ,maklum sajalah masing2 kepenatan setelah menjalani latihan asas yang cukup mencakar. tambahan pula kebanyakkan peserta berasal dari bandar2 besar. tidak betah tinggal di kem latihan biarpun untuk tigaahari. Banyak nyamuk dan agas kata mereka.itu belum lgi pucat dan lintah.

         "Sabarlah , tinggal dua hari sahaja kita di sini. lepas tu bolehlah pulang ke rumah. lagipon inilah namanya pengalaman. bukan selalu dapat hirup udara di hutan.tenang sungguh." kata asyikin kepada temannya Isza yang dari tadi mrungut mahu pulang.


          Isza yang dari tadi asyik memegang tuala mencebek mulutnya.malas memanjangkan cerita, dia segera beredar ke bilik air untuk membersihkan diri. terasa melekit seluruh badan dengan latihan fizikal yang dijalani sedari tadi,.\


          Benci sungguh. kenapalah pihak pengurusan pilih tempat macam ni. tak ada lebih baik ke atau  mereka sengaja nak jimat kos. Sudahlah tiada air panas untuk mandi, makan pun ikan2 sungai je. Mujurlah 3 hari, kalau satu minggu boleh kurus aku dibuatnya, " bebel isza sendirian.


          Secara kebetulan, Isza datang bulan sekaligus menambah lagi kemarahannya dengan aktiviti yang dijalani. Lebih menyukarkan dalam keadaan vegitu untuk buat latihan2 yang lasak.


          Menjadi kebiasaannya juga tuala wanita yang telah dipakai tidak pernah dibersihkan terlebih dahulu. Terus dicampak ke dalam tong sampah tanpa rasa malu atau bertanggungjawab. Begitu jugalah keadaannya ketika berada di kem latihan.


          Tinggal di dorm smua peserta terpaksalah berkongsi bilik air. tiada layanan istimewa bagi memastikan semua peserta sama sahaja. Asyikin, mengambil giliran selepas Isza untuk masuk bilik air namun beberapa saat kemudian, dia keluar dengan wajah yang mencuka.


         " Apa kena kau ni Isza.tak tahu nak cuci ke tuala wanita tu.pengotor lah.lagipon bahaya taw sebab kita ada di tempat yang macam ni." marah asyikin sambil memegang tekaknya yang meloya melihat darah di tuala wanita rakannya.


          "Ah peduli apa aku. sebelum ni pun aku mana pernah basuh. tak ada apa pun..kau sengaja nak buat cerita agaknya. aku pun geli juga nak pegang darah itu, tak pasal2 busuk pula tangan nanti. biarla " benda " tu di situ, kau mandilah mcm biasa, " balas Isza tanpa rasa bersalah.


         Asyikin menggeleng gelenggkan kepalanya melihatkan sikap Isza yang mementingkan diri sendiri. dari dulu , Isza sukar menerima nasihat, apatah lagi menganggap dirinya sentiasa betul.Dalam hatinya sahaja berdoa agar tiada kejadian yang tidak diingini berlaku.selesai mendengar ceramah malam tu., Asyikin dan Isza berehat di katil mereka sahaja. Isza lbh banyak termenung mlm tu. dia selesa mnyendiri di atas katilnya dari borak dengan rakan lain. tapi secara tiba2 Isza mengaduh kesakitan. tangannya memegang perut dan menekan nekan perutnya bagi menghilangkan kesakitan.


         "Apa kena kau ni Isza. tadi aku nampak ok saja. tiba2 pula sakit. kau salah makan ke ?" soal asyikin cemas."tak tahulah kenapa tiba2 sakitnya datang. sebelum ni tak pernah pun.aduh, sakit sungguh. rasa lemah seluruh badan , " luah Isza dengan dahi berkerut. sementara itu wajah isza kelihatan begitu pucat. malah tubuhnya seakan makin mngecut dan mengerekot. Dalam keadaan yang buntu dan panik, asyikin segera memanggil penyelia di kem tersebut yang kemudiannya membawa seorang lelaki beserban.


       Melihat keadaan isza sebegitu, lelaki beserban yang juga imam di kg berhampiran kem itu, segera membaca beberapa potong ayat al quran diambil menghembusinya di sekitar kawasan sebaik azan dilaungkan, Isza melolong kesakitan. matanya bertukare kemerahan malah jika tadinya kelihatan tidak bertenaga tetapi kini sebaliknya. dia nampak kuat meskipun tubuh kian cengkung.


        Lelaki yang dikenali dengan nama ustaz hisham itu segera mengambil sebotol air. Mulutnya terkumat kamit membaca ayat ayat suci. Lantas di segera beralih ke bilik air diikuti dengan asyikin dan penyelia kem tadi.


     Alangkah terkejutnya mereka ketika itu apabila dengan jelas kelihatan satu makhluk sedang bertenggek di atas tong sampah sambil menghisap darah dari tuala wanita yang dibuang di situ. 


     Ustaz Hisham memejamkan mata sambil mulutnya tidak henti membaca ayat ayat al quran. Lantas air botol yang ada di genggamannya segera dicurahkan ke arah makhluk berkenaan. Dengan kalimah Lailahaillallah, makhluk yang berwajah hodoh itu mula mengeluarkan asap seakan terkena simbahan asid apabila air tersebut mengenai tubuhnya.


      Malah tiga saat selepas itu, entiti tersebut hilang dari pandangan. Isza mula sedar akan kesilapannya dan berjanji untuk tidak melakukannya lagi. Dengan izin Allah, Isza berjaya dipulihkan semangat dan fizikalnya selepas peristiwa hitam yang berlaku dalam hidupnya....



Tuesday, November 27, 2012

Hantu Tanpa Kepala di Kulim (Seram!)


Penduduk di Kulim menjadi gempar apabila muncul lembaga tidak berkepala berdiri di tepi jalan apabila menjelang waktu tengah malam terutama ketika waktu hujan.

Hantu Tanpa Kepala di Kulim (Seram!) | Ada dalam kalangan kita menolak kewujudan alam misteri dan mistik. Tidak kurang yang menyatakan ia hanya tahyul dan tidak seharusnya dipercayai. Bagi penduduk Terap Daerah Kulim Kedah, penemuan mayat tiga beradik tanpa kepala beberapa tahun lalu, meninggalkan kesan kepada mereka apabila jelmaan hantu lembaga tanpa kepala sering ditemui berdiri di tepi jalan apabila menjelang waktu tengah malam terutama ketika waktu hujan.


Gambar Hiasan – Hantu tanpa kepala yang sering menggangu penduduk Kulim


Ada juga penduduk kampung yang pernah melihat lembaga itu pada waktu pagi, terutama yang bekerja di ladang getah. Seorang Penoreh Getah, En. Abu Hassan Ismail yang tinggal di Terap sejak 54 tahun lalu berkata, hanya mereka yang pernah bertemu dengan lembaga hantu itu sahaja akan mempercayai kewujudannya. Menurutnya, sehingga kini, ramai penduduk sudah melihat sendiri dan ada antara mereka yang sampai demam kerana terkejut.
“Sekitar tahun 2007 dan 2008, penduduk kawasan ini digemparkan dengan penemuan mayat tiga beradik tanpa kepala di dalam kawasan ladang getah. Mereka dipercayai dibunuh di tempat lain dan mayat mereka dibuang disini.”
“Selepas kejadian itu berlaku, ada penduduk kampung, terutama penoreh getah yang keluar bekerja seawal jam 4 pagi, ternampaklembaga tanpa kepala berdiri di tepi pagar kawasan ladang atau di tepi jalan. Sejak itu laluan dari Terap ke Sungai Tengasdikatakan berpuaka” kata En.Abu Hassan.
Sementara itu, seorang penggemar burung yang sering masuk ke kawasan hutan berdekatan berkata, dia turut menemui lembaga itu kira-kira jam 12 tengah hari. Ketika sedang leka mengunggu, dengan tiba-tiba burung yang dijadikan umpan bertukar menjadi liar.
Sedang dalam kehairanan itu, dia merasa seram sejuk dan seakan ada orang sedang memerhati. Apabila dia menoleh ke belakang, lembaga hantu tidak berkepala itu telah ada di belakangnya.
Selain itu, kawasan misteri berkenaan juga sering berlaku kemalangan. Penunggang motosikal, pemandu kereta, bahkan pemandu lori treler juga dilaporkan sering terbabas kerana cuba mengelak daripada lembaga tidak berkepala yang sedang melintas jalan.
Anggota-anggota polis dari Pondok Polis Terap yang sering membuat rondaan juga menyatakan yang kawasan berkenaan amat menyeramkan terutama apabila tiba di puncak bukit.

Kisah Badi Perigi Lama (Seram!)



Melayukini.net – Badi Perigi Lama (Seram!) | Kebiasaannya kalau orang Melayu mengaitkan cerita perigi lama sudah tentu akan mengisahkan tentang perempuan yang terjatuh ke dalamperigi. Sesudah itu rohnya pula akan mengganggu orang yang ingin mengambil air di perigi tersebut. Namun kali ini lain pula versinya. Jika anda ingin tahu, jom baca kisah badi perigi lama di bawah ini.
                                                                   
                                                               Sebuah perigi lama
Baru seminggu Latifah tinggal dirumah sewa barunya.  Pertukaran cawangan dari utara tanah air ke pantai timur menyebabkan Latifah tidak punya banyak masa untuk mencari rumah yang betul betul sesuai.
Namun dia cukup bersyukur dengan rumah kampung yang diperolehinya disaat saat akhir.  Walaupun kecil namun ian selesa dan satu perkara yang digemarinya adalah dibelakabg rumah tersebut terdapat sebuah perigi yang memnag cukup sejuk airnya. Sejak dari kecil lagi Latifah memang suka mandi air perigi, terasa puas katanya.  Namun walaupun sudah hampir seminggu tinggal disitu,  Latifah masih belum punya peluang untuk menikmati kesejukan air perigi dek kerana kesibukannya.  Tiba hujung minggu barulah Latifah berkesempatan meninjau keadaan perigi tersebut.  Pagi pagi lagi dia sudah bangun untuk membersihkan keadaan sekitar perigi yang agak usang itu.  Kalau boleh tengah hari nanti biarlah dia mandi air perigi tersebut.  Papapn yang dipaku menutupi perigi dibuang, batu bata yang ada di atasnya juga dialihkan.  Semak samun yang tumbuh telah ditebaskan.
Namun agak menghairankan sewaktu asyik menebas, jiran jiran sekelinlingnya asyik menjeling tajam kearahnya seperti dia telah melakukan kesalahan besar.  Tapi perkara itu tidak diendahkannya.  Yang penting perigi di rumah itu harus siap dibersihkan hari itu juga.  Tak sampai tengah hari, kawasan sekitar perigi tersebut sudah bersih dan lapang.  Siap semuanya tanpa berlengah.  LAtifah mencapai tuala dan terus mandi.  Walaupun sudah agak lama tidak disentuh namun air perigi masih jernih dan sejuknya memang terasa.  Selepas mandi Latifah berbaring, entah mengapa kepalanya rasa pening berpusing pusing.  Hingga ke petang sakit kepalanya tidak juga surut malah makin teruk hinggkan Latifah muntah teruk.
Malam ituLatifah tidak dapat berbuat apa apa, ketika itu hatinya sedih mengenangkan diri keseorangan dirantauan dan tiada siapa yang kisah akan dirinya.  Akibat terlau lemah, Latifah tidak langsung berdaya  bangun, tingkap dan pintu rumah dibiarkan tanpa ditutup.  Kepalanya terasa berat begitu juga dengan badannya. Malam itu dia tidak dapat melelapkan mata.  Menjelang tengah malam, mata Latifah masih lagi tidak mahu tutup dan ketika itulah dia mengalami sesuatu yang belum pernah dialami sebelum ini.
Sewaktu terlantar dikatil Latifah terdengar suara sayup sayup meminta tolong, tidak lama kemudian terdengar pula suara orang merintih.  Latifah yang sakit tidak boleh berbuat apa apa walaupun ketika itu dia terasa cukup takut.  Bulu tengkuknya berdiri setiap kali mendengar suara itu  yang datang dari telaga tempat dia mandi siang tadi. Tak mungkin ada orang yang jatuh kerana dia menutup kembali mulut perigi selepas mandi.  Lagipun kalau ada orang yang terjatuh sudah tentu dia mendengar terlebih dahulu bunyi percikan air.
Keadaan Latifah yang agak teruk menyebabkan dia hanya dapat membungkam diri dikatil.  Walaupun rasa takut yang amat sangat tapi dia tidak terdaya bangun mancari pertolongan.  Laungan meminta tolong itu hilang sebaik sahaja  azan subuhberkumandang.  Selepas itu barulah Latifah dapat melelapkan mata.  Dia hanya terjaga sewaktu mendengar suara orang memberi salam dari luar rumah.  Salam yang diberi hanya dijawab dari dalam bilik kerana Latifah tidak berdaya untuk bangun.  Pintu yang terbuka luas menyebabkan Mak Uteh, isteri kepada tuan rumah nya terus saja masuk kedalam.  Mengucap panjang dia melihat keadaan Latifah.  Anak gadis itu terus dipapah sambil menjerit meminta tolong dari suaminya.  Pak Uteh sedang menjengah perigi dihalaman rumah tersebut.
Dua hari Latifah ditahan di hospital, ketika dirawat Mak Uteh dan Pak Utehlah yang mejengguknya.  Setelah pulang kerumah barulah diketahui bahawa apa yang dialaminya itu bukanlah sebenarnya sakit biasa.  Sakit Latifah kemungkinan besar kerana badi perigi lama.  Menurut cerita Pak Uteh, perigi tersebut menyimpan cerita tersendiri.  Lebih memeranjatkan lagi Latifah apabila mengetahui perigi tersebut pernah ada yang menjadi korbannya.  Peristiwa itu berlaku 10 tahun yang lalu.
Kata Pak Uteh, penyewa rumah tersebut terjatuh dalam perigi dan hanya dijumpai tiga hari selepas itu.  Ketika ditemui mayatnya telah kembung perutnya.  Sejak itu tidak lagi yang berani menggunakan perigi tersebut kecuali orang baru yang tidak tahu akan cerita tersebut.  Seram bulu roma Latifah mendengar cerita dari Pak Uteh.  Sejak hari itu, perigi itu tidak lagi dejengah oleh Latifah.  Pak Uteh telah mamakunya dengan kemas dan meletakkan kembali batu bata besar diatasnya seperti keadaan lama.  Tak sanggup lagi LEtifah mandi diperigi itu mengenangkan apa yang telah terjadi kepada dirinya.



rumah hantu



Rumah hantu merupakan salah satu tempat yang sering menjadi tempat pengunjung untuk mencuba pengalaman yang menyeramkan. Terdapat sebuah rumah hantu yang paling seram dan ia terletak di negara Jepun.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...Melayukini.net  – Rumah Hantu Terbesar Dan Paling Seram Di Dunia | Rumah hantu merupakan sebuah tempat yang dibina untuk memberi peluang kepada para pengunjung merasai pengalaman seram. Walaupun pada asalnya rumah hantu ini dibina untuk sekadar hiburan sahaja, namun ada juga yang menganggap ia tempat yang paling menyeramkan. Sebuah rumah hantu yang terletak di negara matahai terbit, iaitu Jepun ini telah diakui oleh Guiness Book of Record sebagai rumah hantu terbesar dan paling menakutkan di dunia.
Bangunan usang ini telah diubahsuai menjadi rumah hantu dalam tema hospital.  Berbeza dengan rumah hantu biasa di Taman Tema (theme park) atau Fun Fair, rumah hantu ini tidak memiliki jalan atau laluan yang sudah ditetapkan.
Para pengunjung terpaksa berjalan sendirian atau dalam kumpulan 2 – 3 orang untuk menuju ke pintu keluar.  Di dalam rumah hantu ini juga terdapat banyak pintu atau tingkap yang terpaksa dibuka secara manual oleh pengunjung.  Selain hiasan dalaman yang mengerikan, rumah hantu ini juga dipenuhi oleh para pekerja yang berdandan ngeri seperti hantu sebenar.  Bukan sekadar mengerikan pada pandangan mata, rumah hantu ini juga mempunyai bau menusuk hidung para pengunjung.
Bangunan rumah hantu ini mempunyai laluan sepanjang 700m yang penuh dengan lorong-lorong kecil yang boleh membuatkan pengunjung tersesat.  Sekiranya pengunjung tidak sesat, masa lebih kurang 50 minit diperlukan untuk keluar dari bangunan tersebut.
Untuk menambahkan rasa takut pelawat, sistem audio yang terdiri daripada suara teriakan, suara langkahan kaki dan lain-lain dipasang dalam bangunan itu.
Kerana terlalu menakutkan, ramai pengunjung yang terluka kerana terjatuh dalam bangunan hantu itu.  Berikut adalah di antara gambar-gambar yang menyeramkan di rumah hantu tersebut :










Melayukini.net - Fuh sungguh menakutkan dan agak menyeramkan jika kita masuk ke dalam rumah hantu ini. Memang sangat berbeza dengan rumah hantu yang terdapat di Malaysia ini kerana ia memang sudah menyediakan jalan keluar untuk memudahkan pengunjung mencari jalan keluar.



banglo misteri villa nabila

banglo misteri villa nabila

ghost

ghost